Monday, September 19, 2011

WALI HAKIM


NIKAH SIAM NIKAH THAILAND KAHWIN SIAM KAHWIN THAILAND KAHWIN SENYAP SESAMA KITA

NIKAH SENYAP, NIKAH SIAM, NIKAH LARI, PAKEJ NIKAH SIAM, KAHWIN SIAM, KAHWIN THAI, KAHWIN SEMPADAN, KAHWIN PADANG BESAR, KAHWIN DANNOK, KAHWIN SONGKHLA, KAHWIN PERLIS, KAHWIN BUKIT KAYU HITAM, KAHWIN CEPAT, KAHWIN MURAH,NIKAH SESAMA KITA, NIKAH TOK KADI,AKAD NIKAH SIAM,PANDUAN NIKAH DI SONGKHLA.NIKAH SIAM MURAH DAN MUDAH.



WALI HAKIM

Wali Hakim - Wali Enggan Tanpa Alasan Syarak
(Dipetik dari 
JAKIM - Wali Enggan dan Wali Hakim)
Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.
Diriwayatkan dari Ma'qil bin Yasar, ia berkata: "Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang oleh seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:"Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya". Peristiwa ini disampaikan kepada Nabi saw. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
"Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya". (Al-Baqarah : 232)
Kemudian Ma'qil berkata: "Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan". (Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)
Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:
"Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya". (Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)
Oleh yang demikian, perbuatan wali enggan menikahkan atau menghalang wanita nikah tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.
Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi'e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakim lah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda: "Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali". (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Dalam kes Azizah bte Mat lawan Mat bin Salleh (1976, Jld. II, I JH) mengenai wali enggan di Mahkamah Kadhi Perlis, Yang Arif Kadhi Mahmood bin Lebai Man (pada masa itu) memutuskan, perempuan itu berhak mendapat wali hakim untuk dia berkahwin dengan Mansor bin Isa dengan mas kahwin dan belanja yang tidak ditetapkan.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang perempuan telah menuntut di Mahkamah Kadhi supaya ia dikahwinkan dengan Mansor bin Isa secara wali hakim kerana bapanya enggan mewalikannya dalam perkahwinan itu dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan hantaran RM202.00 tunai.
Pihak bakal suami telah mencuba beberapa kali untuk meminang perempuan tetapi dihalang oleh bapa dengan alasan "Tunggulah dulu sehingga anak perempuannya mendapat pekerjaan". Bakal suami itu bekerja sebagai Pembantu Audit.
Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan :
Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang itu tidak mahu mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisihfaham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu oleh wali hakim dengan alasan:
Pertama: Daripada Aisyah r.a. Nabi saw bersabda:
"Jika mereka berselisih , maka Sultan atau Rajalah wali bagi orang yang tidak ada wali". (Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmizi)
Kedua: Rasulullah saw bersabda:
"Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar". (Riwayat At-Tirmizi)
Pandangan Kami
Menurut undang-undang Malaysia, kes wali enggan perlu dibawa ke mahkamah syariah untuk penyelesaian. Pada pandangan kami, ini adalah jalan penyelesaian yang baik jika ia tidak mengakibatkan hubungan anak dan ayah (dan mungkin juga ahli-ahli keluarga yang lain) menjadi kucar-kacir atau terus terputus.
Kami kira, tak ramai bapa yang sanggup menerima hakikat bahawa anak mereka sendiri sanggup menyeret mereka ke mahkamah. Sudah tentu kebanyakan bapa akan merasa teramat marah kepada anaknya, dan ini memungkinkan hubungan anak dan ayah menjadi terputus.
Pada pandangan kami, menyeret bapa ke mahkamah disebabkan kes wali enggan, biarlah dielakkan seboleh-bolehnya, supaya anak tak dikatakan anak derhaka.
Carilah jalan penyelesaian yang lain. Contohnya, dapatkan bantuan saudara terdekat, seperti emak saudara atau bapa saudara, untuk berbincang dengan bapa.



NIKAH SIAM NIKAH THAILAND KAHWIN SIAM KAHWIN THAILAND KAHWIN SENYAP SESAMA KITA

NIKAH SENYAP, NIKAH SIAM, NIKAH LARI, PAKEJ NIKAH SIAM, KAHWIN SIAM, KAHWIN THAI, KAHWIN SEMPADAN, KAHWIN PADANG BESAR, KAHWIN DANNOK, KAHWIN SONGKHLA, KAHWIN PERLIS, KAHWIN BUKIT KAYU HITAM, KAHWIN CEPAT, KAHWIN MURAH,NIKAH SESAMA KITA, NIKAH TOK KADI,AKAD NIKAH SIAM,PANDUAN NIKAH DI SONGKHLA.NIKAH SIAM MURAH DAN MUDAH.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.