SINDIKET ATAU TULIN ?
Anda dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai agen-agen yang menguruskan pakej perkahwinan di Selatan Thailand. Sila buat tinjauan terlebih dahulu sebelum memilih mana-mana agensi tersebut kerana ada agensi yang tidak bertanggung-jawab dan menipu pasangan yang ingin dan yang telah berkahwin.
- Pastikan bahawa agensi yang anda pilih mudah dihubungi samada sebelum atau selepas selesai urusan perkahwinan di Thailand. Sekiranya timbul masalah dibelakang hari dimanakah anda boleh mencari mereka, nama orang yang menguruskan, alamat lengkap mereka dan pastikan nombor telefon dan lain-lain untuk dhubungi kelak... Jika boleh bercakap dan bertanyalah mereka semua perkara yang berkaitan dengan urusan ini. Buat penilaian dan pertimbangan yang sewajarnya sama ada anda yakin atau tidak dengan perkhidmatan yang bakal anda perolehi dari agensi ini.
- Pastikan samaada orang yang menguruskan pakej ini bertindak sebagai broker/ejen sahaja atau melibatkan sepenuh masa bersama anda dari awal hingga selesai proses perkahwinan ini. Adakah beliau turut mengiringi anda bersama atau setakat urusan di Malaysia sahaja dan urusan seterusnya diserahkan kepada pemandu teksi/van atau agensi lain di Thailand. Ini ialah untuk mengelakkan anda daripada diekploitasi oleh agensi di Thailand yang mencari helah untuk mendapatkan duit tambahan. Bukan semua agensi di Thailand tidak boleh dipercayai tetapi sebagai peringatan dan kewaspadaan lebih baiklah kita berhati-hati, kerana kita tidak kenal siapa di sana dan kita tidak boleh bertutur dan memahami bahasa Thai.
- Pastikan bahawa semua urusan dokumen seperti Sijil Nikah, Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Songkhla dan Surat Pengesahan daripada Konsul Malaysia tulin dan siap samaada pada hari yang sama atau pada tarikh yang lain. Awas jika ada ejen atau pihak-pihak lain yang mengaku bahawa semua urusan dan dokumen boleh siap atau dapat dalam masa satu hari. Berkuatkuasa mulai 19/4/2011 pihak Konsulat telah mengeluarkan peraturan baru iaitu semua permohonan pengesahan pernikahan tidak boleh disiapkan pada hari yang sama. Maknanya surat pengesahan konsulat hanya boleh diambil oleh pasangan pada keesokan harinya (hari kedua); dan pastikan semua dokumen tersebut diserahkan kepada anda dalam tempoh yang dijanjikan.
- Pastikan juga bahawa anda tidak akan tertipu dengan nikah sindikit yang beroperasi di kedai kopi dan menggunakan jurunikah tidak bertauliah. Mungkin anda akan diberi surat nikah palsu atau Sijil Nikah yang bertandatangan dan cop palsu. Untuk pengetahuan anda semua urusan akad nikah di Selatan Thailand dikendalikan oleh Kadhi atau Naib Kadhi yang diberi tauliah oleh Majlis Agama Islam mengikut Wilayah masing-masing. Semua ada 30 orang Kadhi dan Naib Kadhi yang bertauliah. Anda boleh minta agensi atau pengurus nikah ini menunjukkan rekod perkhidmatan mereka dengan menyemak salinan fotostat semua dokumen pasangan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka. Jika boleh dapatkan nombor telefon pasangan yang pernah berkahwin dan tanyalah mereka berkaitan perkhidmatan yang diberi sama ada mereka berpuas hati atau tidak.
- Pastikan bahawa kos pakej yang dikenakan bersih dan tidak ada kos tersembunyi. Adakah kos ini hanya untuk perkhidmatan broker sahaja tidak termasuk kos Jurunikah/Kadhi dan saksi serta duit bayaran pengesahan Majlis Agama Islam Songkhla dan bayaran pengesahan dokumen di Pejabat Konsulat. Adakah kos yang dikenakan hanya untuk sesi akad nikah sahaja dan proses pengesahan seterusnya kena buat sendiri. Mintak agensi jelaskan dengan terperinci supaya tidak timbul perbalahan selepas anda berada di Thailand.
- Pastikan agensi yang menguruskan membantu anda dalam urusan pasport seperti mengisi borang imigeresen Thailand untuk masuk ke Thailand dan semasa hendak pulang ke Malaysia. Pastikan juga ejen atau pihak yang membawa anda turut membantu anda semasa di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla dan di Pejabat Konsulat Malaysia; atau mereka hanya menunggu anda di parkir sahaja sementra menunggu anda menuruskan semuanya sendirian.
- Pastikan juga samada kos makan minum anda dan pengiring serta penginapan anda jika tepaksa bermalam termasuk dalam pakej yang ditawarkan.
- Pastikan juga sama ada tempat yang hendak dituju itu berisiko atau tidak. Maknanya adakah tempat ini aman dan bebas dari gangguan tembak menembak dan letupan bom. Keutamaan hendaklah diberi kepada keselamatan diri anda. Sebarang kemungkinan yang berlaku tidak dapat dielakkan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.