NIKAH SIAM NIKAH THAILAND KAHWIN SIAM KAHWIN THAILAND KAHWIN SENYAP SESAMA KITA
Kisah Kahwin Lari
Kahwin Lari | Kisah Benar Punca Kahwin Di Siam
Secara amnya, masyarakat memandang serong terhadap pasangan yang kahwin lari. Memang benar, banyak yang negatif tentang perbuatan ini. Tapi, ada kalanya, ia dapat menyelesaikan masalah, terutamanya dalam kes wali enggan
Bila ayah enggan membenarkan anaknya nikah dengan lelaki pilihannya, anaknya berhak membawa perkara tersebut ke mahkamah. Tetapi, apabila anak membawa perkara seperti ini ke mahkamah, maka hubungan ayah dan anak akan menjadi teramat buruk, mungkin sehingga tak dapat diperbaiki lagi.
Membawa kes begini ke mahkamah bukan penyelesaian yang baik.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa nikah di Siam, dalam kes wali enggan, tidak adil kerana menghapuskan hak wali. Orang yang memberikan pendapat begini tidak pulak memikirkan perasaan dan keinginan anak yang terhalang. Anak yang akan menanggung, bukan ayah.
Namum begitu, diakui bahawa ada kalanya larangan ayah memang berasas. Tapi tidak sentiasa begitu.
Kisah Pasangan Terlanjur
Razali seorang anak yang "mudah dijaga" sejak kecil. Begitu kata ayahnya. Jadi, ayahnya hairan mengapa Razali tak mendengar kata orang tuanya dan meneruskan hasratnya untuk berkahwin dengan Roslah walau pun ditentang oleh ibu, ayah dan isterinya Farah.
Kisahnya begini:
Farah, isteri Razali, seorang isteri yang mengongkong. Dalam pada itu, Farah pandai mengambil hati ibu dan bapa mertuanya yang juga kawan lama kepada ibubapanya sendiri
Razali merasa tertekan akibat kongkongan Farah dan ini menjadi punca dia menjalin hubungan dengan seorang kenalannya, Roslah. Mulanya Roslah hanya tempat mengadu nasib. Tapi lama kelamaan, hubungan mereka menjadi semakin intim dan akhirnya mereka terlanjur
Razali, anak yang baik dan "mudah dijaga" itu, juga seorang yang bertanggungjawab. Setelah terlanjur dengan Roslah, Razali ingin mengambil tindakan yang terbaik dengan menjadikan Roslah isterinya. Dan memang itu lah yang diharapakan oleh Roslah setelah mereka sama-sama ditenggelamkan oleh nafsu.
Malangnya, hasrat Razali telah ditentang oleh isteri, ibu dan bapanya. Ibunya bukan saja tak mahu perasaan Farah terluka, malah tak mahu hubungannya dengan ibu Farah terjejas. Ayah Razali juga tak mahu Razali berkahwin dengan Roslah dan menganggap perbuatan itu sebagai derhaka kepada kemahuan ibunya. Hairan macam mana seorang ibu dan ayah boleh cuba menghalang anaknya daripada bertanggungjawab keatas perbuatannya!
Akhirnya, Razali dan Roslah melangsungkan perkahwinan di Songkhla.
Ayah dan ibu Razali berpendapat bahawa Razali telah menjadi seorang anak derhaka disebabkan Roslah. Mereka tak sedar bahawa Razali sebenarnya seorang anak yang bertanggungjawab, yang membelakangkan ibu bapanya kerana mereka menyuruh dia menjadi tidak bertanggungjawab.
Kisah Sepasang Pelajar
Azlan dan Fiza telah saling mengenali sejak di sekolah menengah lagi. Mereka sebaya. Dan mereka saling menyayangi.
Sekarang, mereka sama-sama belajar di sebuah Institut Pengajian Tinggi. Dah hampir lima tahun mereka berkasih sayang dan hubungan mereka masih mantap.
Tapi, hubungan cinta diantara pasangan yang boleh bernikah sentiasa disertai dengan nafsu berahi. Jika tiada nafsu, bukanlah cinta diantara pasangan yang boleh berkahwin. Mungkin cuma perasaan sayang diantara adik-beradik atau diantara ahli keluarga yang lain.
Azlan dan Fiza pun begitu. Setelah umur meningkat ke alam remaja, keinginan seks makin meningkat dan mereka mula menginginkan hubungan seks sesama mereka. Mulanya, mereka dapat mengawal perasaan dengan baik. Tapi lama kelamaan, keinginan itu semakin menekan.
Lalu mereka berjumpa dengan ayah Fiza, minta izin untuk nikah sebelum mereka terlanjur.
Ayah Fiza, seperti kebanyakan ayah, menasihatkan mereka supaya bersabar dan tunggu sehingga habis belajar. Dia tidak menghalang Azlan dan Fiza berkahwin, cuma tunggu sehingga habis belajar.
Keputusan yang dibuat oleh ayah Fiza tak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Azlan dan Fiza. Mereka masih merasa tertekan. Masih susah untuk mengawal kehendak badan masing-masing. Mereka takut akan berlaku zina. Dan pelajaran mereka terganggu disebabkan masalah ini.
Akhirnya, mereka memutuskan untuk nikah diam-diam di Songkhla. Dengan pernikahan itu, masalah mereka telah selesai. Kemahuan badan dapat dipenuhi dan ini membolehkan mereka lebih menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Mereka cuma perlu berhati-hati supaya Fiza tidak berbadan dua. Tapi, ini bukan masalah besar. Berbagai cara boleh diamalkan untuk mencegah hamil.
Setahun dua lagi, bila dah tamat belajar, Azlan akan meminang Fiza dan mereka akan berkahwin seperti biasa di Malaysia. Sementara menunggu masa itu, hubungan mereka sah disisi agama dan mereka telah berjaya untuk mengelak dari melakukan zina.
Wali Enggan : Nikah di Siam kerana tak dapat izin wali
Roslan dan Rosmah telah mula berkenalan dan menjalin cinta sejak 9 tahun dulu.
Ketika itu, Roslan berusia 29 tahun dan Rosmah berusia 25 tahun - usia yang amat sesuai untuk mendirikan rumahtangga.
Malangnya, disebabkan salah faham tentang sesuatu yang dilakukan oleh Rosmah, ayah Rosmah menganggap Roslan sebagai lelaki yang tak sesuai dijadikan menantu.
Kisahnya begini:
Haslin, kawan rapat dan kawan sekampung Rosmah, telah meminjam sejumlah wang dari Rosmah. Beberapa bulan kemudian, Haslin menelefon Rosmah kerana hendak membayar balik duit yang dipinjamnya itu. Rosmah, sebagai kawan rapat Haslin, tahu bahawa Haslin mempunyai akaun bank CIMB, sama seperti Roslan. Sedangkan Rosmah sendiri mempunyai akaun Maybank. Jadi, Rosmah telah menyuruh Haslin masukkan duit itu kedalam akaun Roslan.
Kebetulan, tak lama selepas itu, Haslin terjumpa ayah Rosmah, lalu mereka bercakap-cakap sebentar. Dalam mereka bersembang itu, Haslin ada menyebut tentang dia meminjam duit dari Rosmah dan memulangkannya kedalam akaun Roslan. Dia tak menyangka langsung akan ada kesan negatif akibat ceritanya itu.
Tapi cerita Haslin itu menyebabkan ayah Rosmah menyangka bahawa Roslan selama ini memakan duit Rosmah. Walau pun puas Rosmah menjelaskan perkara sebenar, ayahnya tetap tidak mahu menerima.
Lapan tahun telah berlalu sejak peristiwa itu, tetapi ayah Rosmah tetap enggan membenarkan Roslan dan Rosmah berkahwin. Roslan kini berusia 38 tahun dan Rosmah berusia 34 tahun.
Akhirnya, Roslan dan Rosmah memutuskan untuk kahwin di Siam.
Selepas nikah, mereka tetap tinggal berasingan kerana tak mahu ayah Rosmah tahu keadaan sebenar. Mungkin lama lagi baru mereka boleh tinggal bersama. Tapi, sekurang-kurangnya, sekarang mereka boleh berhubung sebagai suami-isteri yang sah. Mereka tak bercadang untuk ada anak, walau pun mereka ingin membina keluarga sendiri. Kalau ada anak, ayah Rosmah akan tahu mereka telah berkahwin. Dan mereka tak mahu ini berlaku, untuk menjaga hubungan ayah dan anak.
Inilah akibat wali enggan disebabkan salah faham dan tak ada tolak ansur.
Ayah menolak pilihan anak yang berpendapatan rendah
Ita dan Fikri mula menjalin cinta sejak lebih tiga tahun yang lalu.
Fikri yang berkelulusan SPM bertugas sebagai supervisor pembinaan. Ita, juga dengan kelulusan SPM, bertugas sebagai pembantu tadbir. Fikri kini berusia 30 tahun, sementara Ita berusia 25 tahun.
Mereka telah bersedia untuk berkahwin sejak lebih dua tahun lalu. Tapi malang bagi mereka sebab ibubapa Ita tak merestui hubungan mereka. Sebenarnya, ibu Ita yang kuat menentang. Ayah Ita cuma mengikut kehendak isterinya.
Ibu Ita mahu Ita berkahwin dengan seorang lelaki yang berkelulusan profesional, seperti doktor, akauntan, jurutera, akitek dan sebagainya. Nanti hidup senang, kata mak Ita. Lagi pun, apalah yang ada pada seorang supervisor pembinaan?
Sudah puas Fikri berusaha untuk merapatkan diri dengan mak Ita - dari segi layanan, bawa hadiah dan sebagainya - tapi sikap mak Ita tetap tak berubah.
Pernah Fikri bertanya kepada Ita tidak kah lebih baik Ita meninggalkannya dan mencari orang lain yang dapat diterima oleh ibubapanya, tapi Ita menolak. Dia tak sanggup meninggalkan Fikri.
Begitulah orang bercinta. Tak sanggup berpisah. Ingin selalu bersama. Kalau boleh, ingin selalu dalam pelukan pasangan masing-masing.
Begitu juga dengan Fikri dan Ita. Dah lama mereka ingin berkahwin, tapi terhalang. Tapi mereka manusia biasa. Semakin lama, semakin sukar untuk mengawal perasaan dan nafsu. Semakin lama, semakin kerap mereka tidur berpeluk-pelukan dalam flat yang disewa oleh Fikri. Dan semakin sukar untuk mengawal diri dari melakukan zina.
Lalu mereka memutuskan untuk berkahwin di Siam sebelum terlanjur.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.