Monday, September 19, 2011

Surat Pengesahan Konsulat Malaysia

Surat Pengesahan Konsulat Malaysia

Surat Pengesahan Konsulat Malaysia
Setelah nikah di Yala dan mendapat pengesahan dari Majlis Agama Islam Yala, atau setelah kahwin di Narathiwat dan mendapat surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Narathiwat, atau kahwin di Songkhla dan mendapatkan pengesahan kawin dari Majlis Agama Islam Songkhla, pasangan Malaysia yang nikah di Siam perlu mendapatkan surat pengesahan kahwin dari Konsulat Malaysia di Thailand.
Surat ini adalah pengiktirafan Kerajaan Malaysia bahawa pernikahan itu adalah sah, dan ini akan memudahkan proses pendaftaran nikah di Malaysia nanti.
Tidak ada konsulat Malaysia berasingan di Yala atau Narathiwat. Rakyat Malaysia yang kahwin di seluruh Selatan Thailand perlu mendapatkan surat pengesahan kawin dari Songkhla. Mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di luar Songkhla harus memikirkan bagaimana untuk mendapatkan surat ini nanti, dan berapa pula kos tambahan yang perlu dibayar untuk mendapatkannya.
Surat pengesahan kawin dari Konsulat Malaysia ini perlu diserahkan kepada Majlis Agama Islam di Malaysiasebagai sebahagian dari dokumen untuk pendaftaran nikah di Malaysia, supaya kes akan berjalan lancar di mahkamah rendah syariah nanti. Sekiranya surat pengesahan ini tidak disertakan dalam permohonan pendaftaran kawin, ada kemungkinan mahkamah syariah akan meminta saksi untuk hadir di mahkamah.

Pejabat Konsulat Malaysia


Surat Pengesahan Konsulat
Klik untuk gambar besar

Surat ini adalah pengiktirafan oleh Kerajaan, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia (untuk proses pendaftaran)



Senarai dokumen yang perlu dibawa bersama untuk memohon surat pengesahan konsulat

Sekiranya saksi-saksi ini berada di Thailand, tentulah susah untuk mendaftarkan perkahwinan! Dan sekiranya saksi dibawa kesana dari Malaysia, tentulah kos akan bertambah.
Sekiranya anda sedang merancang untuk kahwin di Thailand, pilih Songkhla supaya mudah untuk mendapatkan surat pengesahan ini, tanpa perlu mengeluarkan belanja tambahan kemudian nanti. Kalau ijab kabul dilakukan di Songkhla, segalanya menjadi mudah dan cepat - dan semua dokumen akan didapati pada hari yang sama. Tak perlu berbelanja tambahan pada hari yang lain. Tak perlu bayar kos penginapan di Thailand.
Jalan ke Konsulat Malaysia dari Bukit Kayu Hitam
Melalui pakej nikah yang kami sediakan, surat pengesahan konsulat dan surat pengesahan Majlis Agama boleh diperolehi pada hari yang sama, kerana jarak antara Bukit Kayu Hitam (pintu masuk ke Thailand yang kami gunakan) tidak sampai dua jam perjalanan dari pejabat Konsulat dan Majlis Agama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.