Nikah Thailand. Kahwin Thailand.
Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk Kahwin Thailand untuk memudahkan pendaftaran nikah di luar negara bila kembali ke Malaysia nanti:
1. Pasport yang sah.
Pasport akan diperlukan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Selain itu, tanda masuk dan keluar dari Siam dalam pasport boleh digunakan sebagai bukti bahawa anda benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan, jika disoal oleh hakim mahkamah syariah nanti (untuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia).
Pasport akan diperlukan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Selain itu, tanda masuk dan keluar dari Siam dalam pasport boleh digunakan sebagai bukti bahawa anda benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan, jika disoal oleh hakim mahkamah syariah nanti (untuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia).
2. Kad pengenalan
Kad pengenalan akan diperlukan oleh jurunikah dan Konsulat Malaysia.
Kad pengenalan akan diperlukan oleh jurunikah dan Konsulat Malaysia.
3. Surat cerai
Jika berkenaan
Jika berkenaan
4. Sijil mati
Bagi balu yang ingin kahwin semula
Bagi balu yang ingin kahwin semula
5. Surat izin wali
Jika ada
Jika ada
Dinasihatkan membawa videocam untuk merakamkan proses perkahwinan, untuk lebih meyakinkan hakim di mahkamah syariah nanti.
Jangan lupa membawa salinan pakaian dan sebagainya untuk pernikahan anda.
Pengiraan Kos (Harga kami: RM1,x00)
Untuk menilai kos sebenar kahwin Thailand melalui pakej-pakej yang berlainan, dapatkan maklumat samada kos pakej termasuk semua yang berikut. Jika tidak, dapatkan kos tambahan yang diperlukan untuk mendapat semua yang berikut:
1. Kos perjalanan pergi-balik dari Malaysia ke Siam
2. Kos keseluruhan, termasuk bayaran kepada jurunikah, saksi dan mendapatkan dokumen berkaitan
3. Kos untuk mendapatkan surat dari Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan
4. Adakah surat dari Majlis Agama berkenaan didapati pada hari yang sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain belanja untuk mendapatkannya?
5. Adakah agen membawa anda ke Konsulat Malaysia di Selatan Thailand pada hari yang sama untuk memohon Surat Pengesahan Nikah dari Konsulat?
Surat dari Konsulat adalah penting bagi pendaftaran nikah di Malaysia. Surat ini adalah pengesahan wakil sebuah jabatan dalam Kerajaan Malaysia bahawa nikah Thailand itu adalah sah. Tanpa surat dari Konsulat, ada kemungkinan hakim mahkamah Syariah akan meminta bukti-bukti lain, termasuk meminta saksi-saksi hadir dalam mahkamah.
Pemilihan Tarikh Nikah
Pilih mana-mana tarikh yang difikirkan sesuai. Hujung minggu pun boleh. Konsulat Malaysia ditutup pada hujung minggu dan cuti am, dan ini akan melewatkan sedikit untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla, tapi kami boleh dapatkan dan hantar melalui Pos Laju. Surat ini diperlukan untuk pendaftaran nikah luar negeri di Malaysia nanti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.