Monday, September 19, 2011

Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla

Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla

Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla
Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertanggung jawab melantik dan mentauliah semua jurunikah di Wilayah itu. Pada masa ini, ada 30 naib kadi yang dilantik untuk menjadi jurunikah oleh MAIS dan mereka inilah yang boleh menikahkan rakyat Malaysia dalam Wilayah itu. Mereka ini menjalankan upacara ijab kabul dan kemudian mengeluarkan sijil kahwin. Majlis ini juga mengeluarkan surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada satu-satunya Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand, di Songkhla.

Masjid Hat Yai
(Ibu Pejabat MAIS)


Waktu buka Pejabat MAIS
Untuk menangani masalah kahwin yang diuruskan oleh sindiket haram, ijab kabul bagi rakyat Malaysia sekarang hanya dibenarkan di pejabat Majlis Agama Islam yang bertempat di Hat Yai.
Gambar kesemua jurunikah ini tertera pada papan kenyataan pejabat Majlis di Hat Yai. Gambar-gambar jurunikah berikut diambil dari papan kenyataan itu:












Surat Nikah Songkhla, Thailand
Pasangan yang melangsungkan pernikahan di Pejabat MAIS akan mendapat surat nikah mereka sejurus selepas pernikahan selesai. Contoh surat nikah yang dikeluarkan adalah seperti di kiri.
Klik untuk imej yang lebih besar.


MAIS juga mengeluarkan surat pengesahan kahwin di Thailandkepada pasangan-pasangan Malaysia yang kahwin di wilayah itu. Tujuan surat pengesahan ini ialah untuk membolehkan rakyat Malaysia memohon surat pengesahan pernikahan dari Konsulat Malaysia di sana.
Contoh surat yang dikeluarkan oleh MAIS adalah seperti di kanan. Perhatikan bahawa surat itu ditujukan kepada Konsulat Malaysia bagi Selatan Thailand, yang bertempat di Songkhla, supaya Konsulat dapat mengeluarkan surat pengesahan yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia.
Klik untuk imej yang lebih besar.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.