Harian Metro hari ini
(20 September 2013) melaporkan: "Kewujudan agensi yang menawarkan pakej
pernikahan secara terbuka di laman-laman web dipercayai menjadi punca banyak
pasangan dari Malaysia bernikah di negara Thailand". Tidak pulak disebut siapa
yang mempercayai begitu, atau atas fakta apa agensi dituduh sebegitu rupa.
Mungkin penulis Harian Metro itu tidak tahu bahawa masalah nikah di sempadan
Siam telah wujud sejak berpuluh tahun lalu. Hakikatnya, jika sesuatu pasangan
telah membuat keputusan untuk nikah, mereka akan mencari jalan untuk nikah. Apa
yang biasa terjadi pada masa dulu ialah pasangan akan pergi ke sempadan untuk
nikah, kemudian bertanya pemandu teksi atau orang tempatan, di mana mereka
boleh nikah di Thailand. Akibatnya, ramai diantara pasangan ini yang nikah di
belakang kedai, di bawah pokok, di rumah seseorang yang mengaku imam, dan
sebagainya. Mereka akan menerisma sijil nikah yang entah sah entah tidak. Tapi
mereka tak tahu, dan mereka pulang ke Malaysia menyangka bahawa mereka telah nikah
di Thailand dengan sah. Kebanyakan pernikahan ini tidak dilaporkan di Konsulat
Malaysia di Songkhla dan tidak didaftar di Malaysia. Ramai juga yang cuba untuk
mendaftar di Malaysia, hanya untuk diberitahu bahawa pernikahan mereka tidak
sah. Apa yang dilakukan oleh agensi-agensi nikah Thailand ialah memberi
kesedaran kepada pasangan yang ingin nikah di Thailand supaya melangsungkan
pernikahan di Pejabat Agama (Majlis Agama) yang sah di Selatan Thailand, dan
tidak menggunakan khidmat sindiket nikah haram. Dengan cara ini, bilangan
pasangan yang nikah melalui sindiket nikah haram di Selatan Thailand telah
berkurangan dan lebih ramai pasangan yang mendaftarkan nikah mereka di Konsulat
Malaysia di Songkhla, Thailand, sebab dibawa ke sana oleh agen. Sekiranya agensi-agensi
nikah di Selatan Thailand ini ditutup, bilangan pasangan yang nikah di
semspadan tidak akan berkurangan, tapi sudah tentu kita akan mengalami keadaan
lama dimana ramai pasangan dari Malaysia akan tertipu oleh sindiket nikah haram
di sempadan Malaysia - Thailand, sebab tak ada siapa yang menunjukkan jalan
yang betul kepada mereka. Dan rekod Konsulat Malaysia di Songkhla akan
menunjukkan bahawa bilangan pasangan yang nikah di Thailand telah berkurangan,
sebab ramai yang tidak akan mendaftarkan pernikahan mereka dengan Konsulat itu
- seperti apa yang berlaku dulu.
Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. NIKAH SIAM NIKAH THAILAND KAHWIN SIAM KAHWIN THAILAND KAHWIN SENYAP SESAMA KITA , NIKAH SENYAP, NIKAH SIAM, NIKAH LARI, PAKEJ NIKAH SIAM, KAHWIN SIAM, KAHWIN THAI, KAHWIN SEMPADAN, KAHWIN PADANG BESAR, KAHWIN DANNOK, KAHWIN SONGKHLA, KAHWIN PERLIS, KAHWIN BUKIT KAYU HITAM, KAHWIN CEPAT, KAHWIN MURAH,NIKAH SESAMA KITA, NIKAH TOK KADI,AKAD NIKAH SIAM,PANDUAN NIKAH DI SONGKHLA.NIKAH SIAM MURAH DAN MUDAH.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.