Persediaan

Persediaan

PERSEDIAAN DOKUMEN SEBELUM KE THAILAND

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

PERSEDIAAN DOKUMEN SEBELUM KE THAILAND 
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA :
Kad Pengenalan pasangan yang hendak berkahwin
Dokumen perjalanan yang sah (Pasport Antarabangsa atau Pas Sempadan)

Surat pengesahan cerai dari pihak berkuasa agama Islam di Malaysia (untuk pasangan perempuan yang telah bercerai)
Sijil Kematian suami bagi balu yang kematian suami.
Surat Syahadah bagi orang yang baru memeluk agama Islam.
Bukan Warga Negara Malayisa mesti ada dokumen yang membuktikan indiividu itu seorang beragama Islam.
Visa Pelancung dan sebagainya bagi Bukan Warga Negara Malaysia untuk memasuki Malaysia dan Thailand. (Setengah Negara dikecualikan daripada visa bagi lawatan singkat sebagai pelancung yang memasuki Negara tidak melebihi 15 atau 30 hari)
Duit mas kahwin untuk bakal isteri. Mas kahwin adalah dalam matawang Ringgit Malaysia. Perlu diletakkan di hadapan Jurunikah/Kadhi dan saksi-saksi sebelum akad nikah.

Duit Poket untuk perbelanjaan sendiri dan membeli belah. Matawang Baht Thailand boleh ditukar di Dannok, Sadao atau di Hatyai. Kamera jika hendak merakamkan saat istimewa dan bersejarah ini.
PASPORT / BORDER PASS:

Urusan passport atau border pass adalah urusan sendiri dan atas perbelanjaan sendiri.

Anda adalah dinasihatkan supaya memohon pasport di mana-mana pejabat Imigeresen. Permohonan pasport boleh siap dalam satu hari sahaja. Bayaran pasport hanya RM100.00 sahaja. Sila hubungi mana-mana pejabat imigeresen atau website imigeresen untuk mengetahui syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan untuk membuat pasport.

Border passs hanya untuk pemastautin tetap Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan sahaja.

Nikah Thailand. Kahwin Thailand.
Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk kahwin Thailand, untuk memudahkan pendaftaran nikah di luar negara bila kembali ke Malaysia nanti:
1.            Pasport yang sah.
Pasport akan diperlukan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Selain itu, tanda masuk dan keluar dari Siam dalam pasport boleh digunakan sebagai bukti bahawa anda benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan, jika disoal oleh hakim mahkamah syariah nanti (untuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia).
2.            Kad pengenalan
Kad pengenalan akan diperlukan oleh jurunikah dan Konsulat Malaysia.
3.            Surat cerai
Jika berkenaan
4.            Sijil mati
Bagi balu yang ingin kahwin semula
5.            Surat izin wali
Jika ada
Dinasihatkan membawa videocam untuk merakamkan proses perkahwinan, untuk lebih meyakinkan hakim di mahkamah syariah nanti.
Jangan lupa membawa salinan pakaian dan sebagainya untuk pernikahan anda.
Pengiraan Kos (Harga kami: RM1,x00)
Untuk menilai kos sebenar kahwin Thailand melalui pakej-pakej yang berlainan, dapatkan maklumat samada kos pakej termasuk semua yang berikut. Jika tidak, dapatkan kos tambahan yang diperlukan untuk mendapat semua yang berikut:
1.            Kos perjalanan pergi-balik dari Malaysia ke Siam
2.            Kos keseluruhan, termasuk bayaran kepada jurunikah, saksi dan mendapatkan dokumen berkaitan
3.            Kos untuk mendapatkan surat dari Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan
4.            Adakah surat dari Majlis Agama berkenaan didapati pada hari yang sama atau perlu diambil dari tempat tertentu pada hari lain? Jika perlu diambil pada hari lain, berapa kos perjalanan pergi-balik dan lain-lain belanja untuk mendapatkannya?
5.            Adakah agen membawa anda ke Konsulat Malaysia di Selatan Thailand pada hari yang sama untuk memohon Surat Pengesahan Nikah dari Konsulat?
Surat dari Konsulat adalah penting bagi pendaftaran nikah di Malaysia. Surat ini adalah pengesahan wakil sebuah jabatan dalam Kerajaan Malaysia bahawa nikah Thailand itu adalah sah. Tanpa surat dari Konsulat, ada kemungkinan hakim mahkamah Syariah akan meminta bukti-bukti lain, termasuk meminta saksi-saksi hadir dalam mahkamah.
Pemilihan Tarikh Nikah
Pilih mana-mana tarikh yang difikirkan sesuai. Hujung minggu pun boleh. Konsulat Malaysia ditutup pada hujung minggu dan cuti am, dan ini akan melewatkan sedikit untuk mendapatkan surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla, tapi kami boleh dapatkan dan hantar melalui Pos Laju. Surat ini diperlukan untuk pendaftaran nikah luar negeri di Malaysia nanti.
Lihat dulu Tarikh cuti Thailand sebelum menetapkan tarikh untuk nikah di Thailand.
Berikut ialah senarai cuti am di Thailand bagi tahun 2011. Konsulat Malaysia akan tutup pada tarikh-tarikh ini. Sekiranya cuti jatuh pada hari Sabtu atau Ahad, hari Isnin berikutnya juga akan menjadi hari cuti.

Penerangan CutiTarikhHari
Tahun Baru1 JanuariSabtu
Hari Raya Cina3 FebruariKhamis
Hari Makha Bucha18 FebruariJumaat
Hari Chakri6 AprilAhad
Perayaan Songkran14 April - 15 AprilKhamis - Jumaat
Hari Buruh1 MeiAhad
Hari Pertabalan5 MeiKhamis
Hari Bajak Diraja13 MeiJumaat
Cuti Khas16 MeiIsnin
Hari Visakha Bucha17 MeiSelasa
Hari Asahna Puja15 JulaiJumaat
Hari Jadi Raja Permaisuri12 OgosJumaat
Hari Chulalongkorn23 OktoberAhad
Hari Jadi Raja5 DisemberIsnin
Hari Perlembagaan10 DisemberSabtu
Hujung Tahun31 DisemberSabtu                        

Pasangan yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan kad pengenalan tidak boleh memasuki Thailand.

Bagi pasangan yang hendak berkahwin dengan warganegara asing (luar Negara) sila pastikan mereka mempunyai visa untuk memasuki Thailand.

MAKLUMAT URUSAN PERKAHWINAN DI SONGKHLA


MAKLUMAT URUSAN PERKAHWINAN DI SONGKHLA

PROSES NIKAH : URUSAN PADA HARI BEKERJA (ISNIN/SELASA/RABU/KHAMIS DAN JUMAAT):
Akad nikah akan dijalankan di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla. Anda akan mendapat Sijil Nikah dan Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla serta merta selepas selesai akad nikah. Selepas itu anda akan dibawa ke Pejabat Konsulat Jenderal Malaysia di Songkhla untuk pendaftaran dan pengesahan.
Akad nikah dijalankan oleh salah seorang Jurunikah/Naib Kadi yang diberi tauliah oleh Majlis Agama Islam Songkhla dan disaksikan oleh 2 orang Naib Kadhi Majlis Agama Islam Songkhla. Sijil Nikah ini mempunyai cop materi Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla. Sijil ini adalah sah dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

PROSES NIKAH : URUSAN PADA HARI SABTU, AHAD & KELEPASAN AM THAILAND:
Semua urusan akad nikah adalah sama seperti hari bekerja cuma pada hari kelepasan am/cuti pengesahan Konsulat Malaysia tidak dapat dilakukan pada hari tersebut sebab pejabat cuti. Hanya akad nikah sahaja boleh dilakukan. Anda akan mendapat Sijil Nikah (original) serta merta selepas selesai akad nikah.
Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla akan diberi pada hari yang sama.
Anda atau salah seorang dari anda dikehendaki datang semula pada hari bekerja yang lain untuk mendapatkan Surat Pengesahan Konsulat Malaysia di Songkhla.

KETERANGAN KOS PAKEJ :
Kos pakej termasuk:
Pengangkutan dari Klang/Shah Alam ke Thailand (pergi+balik),
Pengangkutan semasa berada di Thailand,
Bayaran kepada Kadi dan Saksi serta pengeluaran Sijil Nikah,
Bayaran Pengesahan Sijil Nikah, Surat Pengesahan dan fotostat dokumen oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla,
Bayaran kepada Konsulat Malaysia dan fotostat dokumen untuk Konsul Malaysia di Songkhla.

Tidak ada kos tambahan atau kos tersembunyi yang berkaitan dengan urusan pernikahan ini sama ada di Malaysia atau di Thailand.

TEMPAT AKAD NIKAH DIJALANKAN:
URUSAN PERNIKAHAN DIJALANKAN DI PEJABAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH SONGKHLA DAN DISAKSIKAN OLEH SAKSI YANG BERJAWATAN NAIB KADI SYARIE JABATAN BERKENAAN. JADI SEMUA DOKUMEN ADALAH TULIN DAN SAH (BUKAN SINDIKET) SERTA DI IKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA.


PENUMPANG TAMBAHAN:
Pengangkutan disediakan untuk pasangan sahaja.
 Penumpang tambahan diatas atnggungan sendiri.

BAYARAN:
Bayaran hendaklah dibuat secara TUNAI.
Bayaran hendaklah dibuat semasa tiba di Pejabat Kami di Klang.
Pasangan dikehendaki membayar sepenuhnya harga sepertimana yang dipersetujui mengikut pakej yang ditetapkan.
Pasangan yang tidak menjelaskan bayaran sepenuhnya urusan pernikahan mereka akan dibatalkan dan pihak penganjur tidak akan bertanggung-jawab dan bertolak ansur sekiranya berlaku sebarang kececohan atau salah faham akibat tindakan pasangan tersebut.
Sekiranya ada pasangan yang cuba menipu, pasangan dikehendaki balik ke Malaysia atas tanggungan dan urusan sendiri.
Sekiranya pasangan membatalkan hasrat mereka pada saat terakhir semasa di pintu sempadan, urusan balik seperti pengangkutan dan lain-lain adalah atas tanggungan sendiri.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA :
Kad Pengenalan anda dan bakal isteri.
Pasport antarabangsa anda dan bakal isteri
Surat Syahadah untuk individu yang memeluk agama Islam.
Surat cerai jika pernah bercerai.
Sijil Kematian bagi balu yang kematian suami.

Duit Mas kahwin mengikut persetujuan anda dan bakal isteri (Tidak termasuk dalam pakej)

Duit poket untuk perbelanjaan sendiri seperti makan minum dan membeli belah di Thailand.
Pakaian yang bersesuaian semasa majlis akad nikah termasuk songkok dsb

Kamera untuk merakamkan ijab kabul dan akad nikah untuk dijadikan bahan bukti pernikahan sekiranya dipintak oleh mahkamah Syariah Malaysia semasa perbicaraan nanti.

TINDAKAN ANDA :
Tetapkan dan maklumkan tarikh bila hendak pergi berkahwin di Thailand. (sms atau email)
Sila berikan maklumat lanjut anda dan pasangan seperti nama dan nombor telefon serta latar belakang kes anda jika belum dimaklumkan kepada saya.
Maklumkan berapa orang yang hendak datang termasuk anda dan bakal isteri anda.
Pastikan semua dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di atas di penuhi dan siap-sedia.
Berjumpa di Pejabat Kami di Klang pada hari hendak bertolak ke Thailand.

PASPORT / BORDER PASS:
Urusan passport atau border pass adalah urusan sendiri dan atas perbelanjaan sendiri.
Anda adalah dinasihatkan supaya memohon pasport di mana-mana pejabat Imigeresen. Permohonan pasport boleh siap dalam satu hari sahaja. Bayaran pasport hanya RM100.00 sahaja. Sila hubungi mana-mana pejabat imigeresen atau website imigeresen untuk mengetahui syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan untuk membuat pasport.
Border passs hanya untuk pemastautin tetap Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan sahaja.
Pasangan yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan kad pengenalan tidak boleh memasuki Thailand.
Bagi pasangan yang hendak berkahwin dengan warganegara asing (luar Negara) sila pastikan mereka mempunyai visa untuk memasuki Thailand.

TAMBANG PERJALANAN:
Tambang perjalanan dari tempat tinggal Klang Selangor dan balik ke destinasi anda adalah atas perbelanjaan / tanggungan sendiri.

TAMBAHAN:
TOLONG BERI NAMA PENUH ANDA DAN PASANGAN ANDA DAN NOMBOR TELEFON ANDA UNTUK MEMUDAHKAN SAYA MENGHUBUNGI ANDA SEKIRANYA ADA SOALAN ATAU PENJELASAN YANG SUSAH HENDAK DINYATAKAN MELALUI SMS ATAU EMAIL
KELEBIHAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN SAYA:
ANDA AKAN DI BERI TIP-TIP BAGAIMANA HENDAK MENDAFTARKAN SEMULA PERNIKAHAN ANDA DI MALAYSIA. (CARA MENGISI BORANG, AFIDAVIT, UJIAN HIV DAN PROSES MENDAFTAR DI MAHKAMAH SYARIAH)
ANDA AKAN DI BERI MAKLUMAT MENGENAI SOALAN-SOALAN YANG SERING DIKEMUKAN DI MAHKAMAH SYARIAH DAN CARA MENJAWAB SOALAN-SOALAN TERSEBUT DAN LAIN-LAIN MAKLUMAT TENTANG PROSES MAHKAMAH.
GAMBAR2 DAN RAKAMAN IJAB KABUL SEMASA BERNIKAH DI SIAM AKAN DIBERI PERCUMA DALAM CD UNTUK SIMPANAN ANDA
LAIN-LAIN MAKLUMAT YANG BERKAITAN.



 

FATWA NIKAH SIAM

KAHWIN LARI DI SELATAN THAILAND
Soalan:

Apakah hukum "kahwin lari" di selatan Thailand?
Jawapan:
Hukum pernikahan di luar negara adalah sah denan syarat:
a) Pernikahan itu mengikut rukun nikah.

b) Pernikahan itu melebihi 2 marhalah.

c) Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuanitu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin.

d) Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara bekenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana dia ditauliahkan sebagai wali hakim.


RUJUKAN:

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-52 bertarikh 1 Julai 2002


 

RUKUN NIKAH DAN HUKUM NIKAH


Maksud Nikah
Akad yang dilakukan dengan menggunakan lafaz nikah ataupun terjemahannya bagi membolehkan dan bersekedudukan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dalam ikatan kehidupan yang diredai Allah swt
Rukun Nikah
Perkahwinan yang sah mengikut syarak ialah perkahwinan yang cukup syarat dan rukunnya.
Rukun nikah mengandungi 5 perkara:
1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Perempuan
3. Wali
4. 2(Dua) Orang Saksi
5. Ijab dan Kabul
Hukum Nikah
Hukumnya boleh berubah mengikut keadaan
WAJIB
Bagi orang yang kuat nafsu dan tidak mampu mengawal diri daripada terjebak ke lembah maksiat sedangkan ia mampu
SUNAT
Bagi mereka yang mampu zahir dan batin dan mempunyai keinginan untuk berkahwin bagi menambahkan takwa dan menjauhi zina
MAKRUH
1. Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin
2. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin serta dapat mengawal nafsunya

HARAM 1. Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mahupun dirinya sendiri 2. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin 3. Mempunyai niat yang tidak baik terhadap bakal isteri

 

Powered By Blogger

GAMBAR-GAMBAR KADI WILAYAH SONGKHLA

GAMBAR-GAMBAR KADI WILAYAH SONGKHLA Hj Shafie Kayem b. Hj Manaf

Hj Shamsuddin b. Ramli

Hj Ismail Minwang

Hj Hassan b. Muhammad @ Masae Mama

Hj Shafie Kadem

Hj Saman Dueramae b. Hassan

Hj Abd Wahab Senwang b. Abdullah

Hj Ismail b. Awang

Hj Hassan Salaeman

Hj Abd Rahman b. Hj Ahmad @ Anan Kalong

Hj Murat Baisama-u

Hj Ismail Karuma

Hj Abdullah b.Hajidolah

Hj Abd Rahman Kayem

Hj Hassan b. Ali Sannakit

Hj Abd Halim Lateh b. Hj Mohd Salleh

Hj Ramli b. Hj Hassan @Lee Sanlah

Hj Abd Shukor b Naide

Hj Abd Naser b. Arifin

Hj Abd Samat b. Hj. Abd Rahman

Hj Abd Halim Madplod b. Cekhah

Hj Wisoot Binlateh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.