Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. NIKAH SIAM NIKAH THAILAND KAHWIN SIAM KAHWIN THAILAND KAHWIN SENYAP SESAMA KITA , NIKAH SENYAP, NIKAH SIAM, NIKAH LARI, PAKEJ NIKAH SIAM, KAHWIN SIAM, KAHWIN THAI, KAHWIN SEMPADAN, KAHWIN PADANG BESAR, KAHWIN DANNOK, KAHWIN SONGKHLA, KAHWIN PERLIS, KAHWIN BUKIT KAYU HITAM, KAHWIN CEPAT, KAHWIN MURAH,NIKAH SESAMA KITA, NIKAH TOK KADI,AKAD NIKAH SIAM,PANDUAN NIKAH DI SONGKHLA.NIKAH SIAM MURAH DAN MUDAH.
Friday, September 23, 2011
Wednesday, September 21, 2011
SINDIKET ATAU TULIN ?
SINDIKET ATAU TULIN ?
Anda dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai agen-agen yang menguruskan pakej perkahwinan di Selatan Thailand. Sila buat tinjauan terlebih dahulu sebelum memilih mana-mana agensi tersebut kerana ada agensi yang tidak bertanggung-jawab dan menipu pasangan yang ingin dan yang telah berkahwin.
- Pastikan bahawa agensi yang anda pilih mudah dihubungi samada sebelum atau selepas selesai urusan perkahwinan di Thailand. Sekiranya timbul masalah dibelakang hari dimanakah anda boleh mencari mereka, nama orang yang menguruskan, alamat lengkap mereka dan pastikan nombor telefon dan lain-lain untuk dhubungi kelak... Jika boleh bercakap dan bertanyalah mereka semua perkara yang berkaitan dengan urusan ini. Buat penilaian dan pertimbangan yang sewajarnya sama ada anda yakin atau tidak dengan perkhidmatan yang bakal anda perolehi dari agensi ini.
- Pastikan samaada orang yang menguruskan pakej ini bertindak sebagai broker/ejen sahaja atau melibatkan sepenuh masa bersama anda dari awal hingga selesai proses perkahwinan ini. Adakah beliau turut mengiringi anda bersama atau setakat urusan di Malaysia sahaja dan urusan seterusnya diserahkan kepada pemandu teksi/van atau agensi lain di Thailand. Ini ialah untuk mengelakkan anda daripada diekploitasi oleh agensi di Thailand yang mencari helah untuk mendapatkan duit tambahan. Bukan semua agensi di Thailand tidak boleh dipercayai tetapi sebagai peringatan dan kewaspadaan lebih baiklah kita berhati-hati, kerana kita tidak kenal siapa di sana dan kita tidak boleh bertutur dan memahami bahasa Thai.
- Pastikan bahawa semua urusan dokumen seperti Sijil Nikah, Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Songkhla dan Surat Pengesahan daripada Konsul Malaysia tulin dan siap samaada pada hari yang sama atau pada tarikh yang lain. Awas jika ada ejen atau pihak-pihak lain yang mengaku bahawa semua urusan dan dokumen boleh siap atau dapat dalam masa satu hari. Berkuatkuasa mulai 19/4/2011 pihak Konsulat telah mengeluarkan peraturan baru iaitu semua permohonan pengesahan pernikahan tidak boleh disiapkan pada hari yang sama. Maknanya surat pengesahan konsulat hanya boleh diambil oleh pasangan pada keesokan harinya (hari kedua); dan pastikan semua dokumen tersebut diserahkan kepada anda dalam tempoh yang dijanjikan.
- Pastikan juga bahawa anda tidak akan tertipu dengan nikah sindikit yang beroperasi di kedai kopi dan menggunakan jurunikah tidak bertauliah. Mungkin anda akan diberi surat nikah palsu atau Sijil Nikah yang bertandatangan dan cop palsu. Untuk pengetahuan anda semua urusan akad nikah di Selatan Thailand dikendalikan oleh Kadhi atau Naib Kadhi yang diberi tauliah oleh Majlis Agama Islam mengikut Wilayah masing-masing. Semua ada 30 orang Kadhi dan Naib Kadhi yang bertauliah. Anda boleh minta agensi atau pengurus nikah ini menunjukkan rekod perkhidmatan mereka dengan menyemak salinan fotostat semua dokumen pasangan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka. Jika boleh dapatkan nombor telefon pasangan yang pernah berkahwin dan tanyalah mereka berkaitan perkhidmatan yang diberi sama ada mereka berpuas hati atau tidak.
- Pastikan bahawa kos pakej yang dikenakan bersih dan tidak ada kos tersembunyi. Adakah kos ini hanya untuk perkhidmatan broker sahaja tidak termasuk kos Jurunikah/Kadhi dan saksi serta duit bayaran pengesahan Majlis Agama Islam Songkhla dan bayaran pengesahan dokumen di Pejabat Konsulat. Adakah kos yang dikenakan hanya untuk sesi akad nikah sahaja dan proses pengesahan seterusnya kena buat sendiri. Mintak agensi jelaskan dengan terperinci supaya tidak timbul perbalahan selepas anda berada di Thailand.
- Pastikan agensi yang menguruskan membantu anda dalam urusan pasport seperti mengisi borang imigeresen Thailand untuk masuk ke Thailand dan semasa hendak pulang ke Malaysia. Pastikan juga ejen atau pihak yang membawa anda turut membantu anda semasa di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla dan di Pejabat Konsulat Malaysia; atau mereka hanya menunggu anda di parkir sahaja sementra menunggu anda menuruskan semuanya sendirian.
- Pastikan juga samada kos makan minum anda dan pengiring serta penginapan anda jika tepaksa bermalam termasuk dalam pakej yang ditawarkan.
- Pastikan juga sama ada tempat yang hendak dituju itu berisiko atau tidak. Maknanya adakah tempat ini aman dan bebas dari gangguan tembak menembak dan letupan bom. Keutamaan hendaklah diberi kepada keselamatan diri anda. Sebarang kemungkinan yang berlaku tidak dapat dielakkan.
Monday, September 19, 2011
PAKEJ KAHWIN SIAM:
PAKEJ KAHWIN SIAM:
Urusan Nikah pada Hari Isnin hingga Khamis
Sijil Nikah dapat serta merta selepas selesai akad nikah.Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) dapat dalam tempoh 30 minit.
Surat Pengesahan Konsul Malaysia di Songkhla siap pada keesokan hari (HARI KEDUA)
(Surat pengesahan dari Konsul Malaysia diperlukan untuk pendaftaran semula perkahwinan anda di Malaysia
Urusan Nikah pada Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Urusan Nikah pada Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Sijil Nikah dapat serta merta selepas selesai akad nikah.
Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) dapat dalam tempoh 30 minit.
Surat Pengesahan Konsul Malaysia di Songkhla siap dalam tempoh satu minggu.
Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) dapat dalam tempoh 30 minit.
Surat Pengesahan Konsul Malaysia di Songkhla siap dalam tempoh satu minggu.
HARGA PAKEJ NIKAH SIAM/THAILAND:
KOS PAKEJ TERMASUK:
Pengangkutan dari Klang/Shah Alam ke Thailand (pergi+balik),
Pengangkutan semasa berada di Thailand,
Bayaran kepada Kadi dan Saksi serta pengeluaran Sijil Nikah,
Bayaran Pengesahan Sijil Nikah, Surat Pengesahan dan fotostat dokumen oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla,
Bayaran kepada Konsulat Malaysia dan fotostat dokumen untuk Konsul Malaysia di Songkhla.
Foto-foto anda selama anda bersama kami serta video pernikahan anda disediakan dalam bentuk CD.
KOS PAKEJ TIDAK TERMASUK:
Tambang perjalanan dari tempat tinggal/bertolak ke Alor Star / Kangar / Bukit Kayu Hitam dan balik ke destinasi anda adalah atas perbelanjaan / tanggungan sendiri.
Kos perjalanan dari Airport Alor Star atau Hotel di Alor Setar ke Bukit Kayu Hitam akan dikenakan bayaran.
Tidak termasuk duit mas kahwin.
Tidak ada kos tambahan atau kos tersembunyi yang berkaitan dengan urusan pernikahan ini sama ada di Malaysia atau di Thailand
PENUMPANG TAMBAHAN:
PENUMPANG TAMBAHAN:
Pengangkutan disediakan untuk pasangan sahaja.
Penumpang tambahan dibawah tanggungan sendiri.
Penumpang tambahan dibawah tanggungan sendiri.
BAYARAN:
Bayaran hendaklah dibuat secara TUNAI.
Bayaran hendaklah dibuat di office sebelum berangkat ke Thailand.
Pasangan dikehendaki membayar sepenuhnya harga sepertimana yang dipersetujui mengikut pakej yang ditetapkan.
Pasangan yang tidak menjelaskan bayaran sepenuhnya urusan pernikahan mereka akan dibatalkan dan pihak penganjur tidak akan bertanggung-jawab dan bertolak ansur sekiranya berlaku sebarang kekecohan atau salah faham akibat tindakan pasangan tersebut.
Sekiranya ada pasangan yang cuba menipu, pasangan dikehendaki balik ke Malaysia atas tanggungan dan urusan sendiri.
Sekiranya pasangan membatalkan hasrat mereka pada saat terakhir semasa di pintu sempadan, urusan balik seperti pengangkutan dan lain-lain adalah atas tanggungan sendiri.
NIKAH SIAM NIKAH THAILAND KAHWIN SIAM KAHWIN THAILAND KAHWIN SENYAP SESAMA KITA , NIKAH SENYAP, NIKAH SIAM, NIKAH LARI, PAKEJ NIKAH SIAM, KAHWIN SIAM, KAHWIN THAI, KAHWIN SEMPADAN, KAHWIN PADANG BESAR, KAHWIN DANNOK, KAHWIN SONGKHLA, KAHWIN PERLIS, KAHWIN BUKIT KAYU HITAM, KAHWIN CEPAT, KAHWIN MURAH,NIKAH SESAMA KITA, NIKAH TOK KADI,AKAD NIKAH SIAM,PANDUAN NIKAH DI SONGKHLA.NIKAH SIAM MURAH DAN MUDAH.
NIKAH SIAM NIKAH THAILAND KAHWIN SIAM KAHWIN THAILAND KAHWIN SENYAP SESAMA KITA , NIKAH SENYAP, NIKAH SIAM, NIKAH LARI, PAKEJ NIKAH SIAM, KAHWIN SIAM, KAHWIN THAI, KAHWIN SEMPADAN, KAHWIN PADANG BESAR, KAHWIN DANNOK, KAHWIN SONGKHLA, KAHWIN PERLIS, KAHWIN BUKIT KAYU HITAM, KAHWIN CEPAT, KAHWIN MURAH,NIKAH SESAMA KITA, NIKAH TOK KADI,AKAD NIKAH SIAM,PANDUAN NIKAH DI SONGKHLA.NIKAH SIAM MURAH DAN MUDAH.
BAGAIMANA AKAD NIKAH DIJALANKAN?
BAGAIMANA AKAD NIKAH DIJALANKAN?
Kadi akan bertanya beberapa soalan seperti:
Status pasangan sama ada pernah berkahwin atau belum.
Asal dari Negeri mana dan tempat tinggal wali.
Wali (ayah kandung) perempuan ada atau tidak.
Sama ada wali bersetuju atau tidak.
Adakah wali hadir bersama pada hari ini.
Status lelaki - isteri yang ke berapa?Ini perkahwinan kali berapa bagi lelaki dan perempuan.
Apa hubungan nasab (adik beradik) dengan pasangan.
Perkahwinan ini di atas dasar suka sama suka (tanpa paksaan)
Berapa mas kahwin dan pemberian (jika ada).
Melantik dan memberi izin kepada Kadi/Jurunikah:
Jurunikah minta izin perempuan beri izin kahwin dengan pasangan.
Perempuan beri wakil wali kepada jurunikah untuk menikahkannya dengan pasangan dengan mas kahwin sebanyak yang dipersetujui - tunai atau hutang.
Contoh lafaz:
"Saya izin dan saya wakil kepada Tuan Hj Shafie, Naib Kadhi Syari-i, tolong kahwin saya dengan Encik Joehan dengan maskahwin RM200 tunai."
MAJLIS IJAB KABUL/NIKAH:
Jurunikah baca Khutbah ringkas.
Ijab (akad nikah) oleh Jurunikah.
Contoh lafaz:
"Encik Joehan bin Noh,
Aku nikah akan dikau dan aku berkahwin akan dikau akan pinangan engkau Erra Binti Jonet atas jalan naib kadhi Syarie dengan mas kahwin 200 ringgit Malaysia tunai."
Qabul (jawab nikah) oleh pengantin lelaki.
Contoh lafaz:
"Aku terima akan nikahnya Erra Binti Jonet dengan mas kahwin sebanyak 200 ringgit Malaysia tunai."
Bacaan doa.
Bacaan Taalik oleh suami.
(Suami telah berlafaz taalik di hadapan jurunikah dan saksi dengan lafaznya seperti berikut)
Contoh Lafaz Taalik:
Tandatangan dokumen nikah.
Suami menyerahkan duit mas kahwin kepada isterinya.
Upacara membatal air sembahyang dan bersalam-salaman.
Bersanding dan bergambar.
Selesai.
Pasangan dikehendaki menunggu untuk mengambil Sijil Nikah dan Surat Pengesahan Nikah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
Bertolak ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.
Suami menyerahkan duit mas kahwin kepada isterinya.
Upacara membatal air sembahyang dan bersalam-salaman.
Bersanding dan bergambar.
Selesai.
Pasangan dikehendaki menunggu untuk mengambil Sijil Nikah dan Surat Pengesahan Nikah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
Bertolak ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.
PERSEDIAAN DOKUMEN SEBELUM KE THAILAND
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
PERSEDIAAN DOKUMEN SEBELUM KE THAILAND
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA :
Bukan Warga Negara Malayisa mesti ada dokumen yang membuktikan indiividu itu seorang beragama Islam.
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA :
Kad Pengenalan pasangan yang hendak berkahwin
Dokumen perjalanan yang sah (Pasport Antarabangsa atau Pas Sempadan)
Surat pengesahan cerai dari pihak berkuasa agama Islam di Malaysia (untuk pasangan perempuan yang telah bercerai)
Sijil Kematian suami bagi balu yang kematian suami.
Surat Syahadah bagi orang yang baru memeluk agama Islam.
Bukan Warga Negara Malayisa mesti ada dokumen yang membuktikan indiividu itu seorang beragama Islam.
Visa Pelancung dan sebagainya bagi Bukan Warga Negara Malaysia untuk memasuki Malaysia dan Thailand. (Setengah Negara dikecualikan daripada visa bagi lawatan singkat sebagai pelancung yang memasuki Negara tidak melebihi 15 atau 30 hari)
Duit mas kahwin untuk bakal isteri. Mas kahwin adalah dalam matawang Ringgit Malaysia. Perlu diletakkan di hadapan Jurunikah/Kadhi dan saksi-saksi sebelum akad nikah.
Duit Poket untuk perbelanjaan sendiri dan membeli belah. Matawang Baht Thailand boleh ditukar di Dannok, Sadao atau di Hatyai.
Kamera jika hendak merakamkan saat istimewa dan bersejarah ini.
Duit Poket untuk perbelanjaan sendiri dan membeli belah. Matawang Baht Thailand boleh ditukar di Dannok, Sadao atau di Hatyai.
Kamera jika hendak merakamkan saat istimewa dan bersejarah ini.
PASPORT / BORDER PASS:
Urusan passport atau border pass adalah urusan sendiri dan atas perbelanjaan sendiri.
Anda adalah dinasihatkan supaya memohon pasport di mana-mana pejabat Imigeresen. Permohonan pasport boleh siap dalam satu hari sahaja. Bayaran pasport hanya RM100.00 sahaja. Sila hubungi mana-mana pejabat imigeresen atau website imigeresen untuk mengetahui syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan untuk membuat pasport.
Border passs hanya untuk pemastautin tetap Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan sahaja.
Pasangan yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan kad pengenalan tidak boleh memasuki Thailand.
Bagi pasangan yang hendak berkahwin dengan warganegara asing (luar Negara) sila pastikan mereka mempunyai visa untuk memasuki Thailand
SOAL-JAWAB URUSAN PERNIKAHAN DI THAILAND
Kenapa harus menggunakan perkhidmatan ini?
Kos yang dikenakan adalah termurah di pasaran.
Sijil Nikah dapat serta merta selepas selesai akad nikah.
Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) dapat dalam tempoh 30 minit.
Pengesahan Konsul Malaysia (Kedutaan Malaysia) di Songkhla siap pada hari yang kedua.
Semua Jurunikah yang bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Jabatan Agama Islam di Malaysia.
Semua dokumen pengesahan oleh Konsul Malaysia adalah sah dan boleh digunakan untuk mendaftar semula di Jabatan Agama Islam Malaysia.
Apakah kos yang terlibat dengan perkhidmatan ini?
Pakej lengkap termasuk:
Pengangkutan pergi dan balik dari Klang/Shah Alam ke Hatyai dan Songkhla sehingga selesai urusan pernikahan dan pengesahan dokumen.
Bayaran Perkhidmatan Jurunikah/Kadhi dan 2 orang saksi dan lain-lain yang berkaitan.
Bayaran Sijil Nikah, Surat Pengesahan Perkahwinan dari Majlis Agama Islam Songkhla, fotostat dokumen dan Surat Pengesahan dari Konsul Malaysia di Songkhla.
CD percuma gambar-gambar dan video majlis akad nikah dan lain-lain yang berkaitan dengan pernikahan ini.
Tip-tip cara pendaftaran di Malaysia dan Urusan Mahkamah Syariah.
Bagaimanakah proses ini dijalankan?
HARI PERTAMA:
Bertolak dari Kangar/Airport Alor Star antara jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi atau lebih awal ke Bukit Kayu Hitam/Dannok. Perjalanan mengambil masa 30 minit.
Berkumpul di Bukit Kayu Hitam/Dannok – Urusan Pengangkutan, Pasport dan tukar wang Thailand Baht mengambil masa 10 – 20 minit.
Bertolak ke Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) untuk upacara akad nikah dan surat pengesahan perkahwinan anda. Perjalanan mengambil masa satu jam.
Proses/Urusan pengesahan Majlis Agama Islam Songkhla dalam masa 30 minit.
Bertolak ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla untuk pengesahan status perkahwinan anda. Dari MAIS mengambil masa antara 15 - 20 minit.
Bertolak ke Hatyai - check in hotel dan aturcara bebas.
HARI KEDUA:
Menjemput pasangan di hotel dan terus ke pejabat Konsulat di Songkhla untuk mengambil surat pengesahan nikah.
Semua urusan pada hari kedua dijangka selesai sebelum jam 1 tengahari atau sebelum 5.00 petang.
Bermula meneroka tempat menarik Hatyai dan Songkhla...
Bagaimanakah cara saya hendak menggunakan perkhidmatan ini?
Anda boleh email atau SMS tarikh yang anda hendak berkahwin. Kebiasaannya 2 hari sebelum pergi ke Thailand kecuali bagi kes-kes kecemasan. Sila maklumkan nak datang dengan apa dan berapa orang semua yang hendak datang termasuk pasangan.
Datang sendiri ke Office.
Datang sendiri ke Office.
Bilakah saya perlu bayar untuk pakej perkhidmatan ini?
Anda perlu membuat bayaran di Pejabat kami sebelum segala urusan dimulakan.Betulkah semua urusan tulin dan bukan sindiket?
WANG ANDA AKAN DIKEMBALIKAN SEPENUHNYA SEKIRANYA URUSAN TIDAK LENGKAP ATAU TERDAPAT SEBARANG PENIPUAN.
Adakah keselamatan kami dilindungi apabila berada dinegeri Thailand?
Bagi memastikan keselamatan, penipuan dan dieksploitasi pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab di Thailand saya sendiri akan pergi bersama-sama mengiringi pasangan yang hendak berkahwin dari Bukit Kayu Hitam ke Thailand sehingga kita selamat kembali ke Malaysia. BUKAN diserahkan kepada orang lain, ejen atau pemandu teksi bagi menguruskan pernikahan ini.
Semoga Allah melindungi kita. InsyAllah.
AMIN YARABAL ALAMIN!
Subscribe to:
Posts (Atom)